SERAMAI 200 anak yatim dan miskin dari seluruh daerah Setiu menyertai Sukaneka Merdeka Anak-Anak Yatim Dan Miskin (SUKYAM) Setiu 2016 yang berlangsung di Mini Stadium Tarom, Bandar Permaisuri, hari ini.
Pelbagai acara sukan diadakan bagi memeriahkan sukaneka yang pertama kali diadakan itu, antaranya ialah terompoh gergasi, lari kaki tiga, jalan susun bata, isi air, tarik tali dalam botol dan lari bawa belon.
Sukaneka anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) daerah Setiu bersama Tabung Pembangunan Rakyat Miskin (Perasmi) itu akan dijadikan acara tahunan pada bulan kemerdekaan.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di Pertua Perkaya, Dato Harun Hasan.
Thursday, August 25, 2016
Banner SEHATI SEJIWA SKPJ
SEBUAH 'banner' besar sepanjang 27 meter berjaya disiapkan dalam masa kira-kira satu jam oleh seramai 347 murid bersama 31 guru Sekolah Rendah Kebangsaan Putera Jaya (SKPJ) Setiu, pagi semalam.
Banner SEHATI SEJIWA terpanjang di Daerah Setiu itu kini diletakan di bangunan utama sekolah sekolah itu sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.
Banner SEHATI SEJIWA terpanjang di Daerah Setiu itu kini diletakan di bangunan utama sekolah sekolah itu sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.
Wednesday, August 24, 2016
SERAMAI 500 hadir memeriahkan Program Kembara Jalur Gemilang 2016, Peringkat Daerah Setiu anjuran Pejabat Penerangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat DUN langkap yang diadakan di Pekan Sungai Tong, hari ini.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifli Jusoh kira-kira jam 11 pagi tadi.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifli Jusoh kira-kira jam 11 pagi tadi.
Tuesday, August 23, 2016
SK Sungai Lerek Wakil Terengganu
SEKOLAH Kebangsaan(SK) Sungai Lerek, Setiu berjaya mewakili negeri Terengganu dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Petrol Denggi peringkat kebangsaaan.
Majlis pelancaran Petrol Denggi peringkat sekolah itu dilakukan oleh wakil PPD Setiu, Mok Kalthom Abdullah Kutty, hari ini.
"Sekolah ini adalah antara yang bertuah kerana berjaya mewakili negeri Terengganu buat kali kedua pada tahun ini dalam pertandingan "Dengue Patrol" ini bersama tujuh buah sekolah rendah lagi di Terengganu termasuk lima dari Setiu," katanya
Hadir sama pada program itu ialah, Guru Besar SK Sg.Lerek, Zanariah Jaafar.

Monday, August 22, 2016
Sunday, August 21, 2016
Bendera Besar di Putera Jaya Setiu
SEBUAH bendera yang mengabungkan beberapa bendera Malaysia sepanjang 30 kaki panjang dan 15 kaki lebar itu berjaya dinaikan setinggi 40 kaki tengahari semalam, tahniah J3K Putera Jaya, Setiu dan KRT kampung itu, semarakan MERDEKA.
Subscribe to:
Posts (Atom)