Tuesday, August 23, 2016

SK Sungai Lerek Wakil Terengganu

SEKOLAH Kebangsaan(SK) Sungai Lerek, Setiu berjaya mewakili negeri Terengganu dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Petrol Denggi peringkat kebangsaaan.

Majlis pelancaran Petrol Denggi peringkat sekolah itu dilakukan oleh wakil PPD Setiu, Mok Kalthom Abdullah Kutty, hari ini.

"Sekolah ini adalah antara  yang bertuah kerana berjaya mewakili negeri Terengganu buat kali kedua pada tahun ini dalam pertandingan "Dengue Patrol" ini bersama tujuh buah sekolah rendah lagi di Terengganu termasuk lima dari Setiu," katanya

Hadir sama pada program itu ialah, Guru Besar SK Sg.Lerek, Zanariah Jaafar.


No comments: