Thursday, August 25, 2016

SUKANEKA ANAK YATIM MERIAH

SERAMAI 200 anak yatim dan miskin dari seluruh daerah Setiu menyertai Sukaneka Merdeka Anak-Anak Yatim Dan Miskin (SUKYAM) Setiu 2016 yang berlangsung di Mini Stadium Tarom, Bandar Permaisuri, hari ini.

Pelbagai acara sukan diadakan bagi memeriahkan sukaneka yang pertama kali diadakan itu, antaranya ialah terompoh gergasi, lari kaki tiga, jalan susun bata, isi air, tarik tali dalam botol dan lari bawa belon.

Sukaneka anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) daerah Setiu bersama Tabung Pembangunan Rakyat Miskin (Perasmi) itu akan dijadikan acara tahunan pada bulan kemerdekaan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di Pertua Perkaya, Dato Harun Hasan.




No comments: